Tuesday, March 31, 2009

Ini entri emoSIAL

Satu benda aku sangat tak gemar.

Manusia yang bodoh sombong.
Dalam erti kata lain,
just plain stupid!

Bila ada kuasa, digunanya suka hati tanpa peduli orang lain. Bila ada orang tu bajet yang diri dia hebat. Rasa yang dia itu luar biasa. Sampaikan dia rasa dia boleh jatuhkan orang lain yang dirasanya tak setanding dia. Sesuka hati menjatuhkan maruah orang lain di hadapan khalayak ramai.

Bila orang lain berjaya, dia pulak dengki. Cari jalan nak jatuhkan.
Nak malukan.
Sampai dia puas baru berhenti.

Kalau dah tak tahu tu, buat lah cara tak tahu. Jangan rasa diri kau tu 'know-it-all'. Hanya kerana umur kau dah dua angka, jangan ingat kau betul. Kau masih tak cukup matang. 4 campur 4 pun masih tak reti nak kira tapi masih nak bodoh sombong?

Tolong lah faham.

Yo dodol,
wake up and smell the truth lah.

Kerana secara hakikatnya, tak ada sesiapa pun yang punya hak memjatuhkan orang lain. Ada kuasa tak jadikan kau Raja, Tuhan mahupun dewa. Walaupun kau ketua, kau tak punya hak buat orang lain rasa kerdil, tak guna, hanya sampah.

Dan jangan senang-senang tinggi suara bila sesuatu perkara tu tak sampai tahap ekspetasi kau yang tinggi menggunung. Kalau nak sangat benda tu ikut cita rasa kau, buat lah sendiri. Senang. Tak payah jadikan cerita panjang lebar.

Ingat sikit,
kau hanya manusia hina.
Ingat tu.

Tak perlu aku tambah lagi panjang-panjang.

PS : Kalau anda manusia yang sama sekali tidak berkaitan, tolong elakkan diri anda daripada perasan yang post ini aku tulis khas untuk kamu. Tapi kalau masih mahu perasan dan masih terasa yang aku sedang cakap pasal kamu, silakan.

Aku tak kisah pun.

Ini entri tak emoSIAL

Tangan aku sakit.



Akibat menepuk tangan secara berterusan tanpa henti. Semuanya disebabkan berlatih untuk persembahan dikir barat Majlis Makan Amal hari Sabtu ni. Entah kenapa semalam spirit aku naik secara mendadak malam semalam.



Petang ni pun ada latihan lagi.



Haish.

Aku tak suka sibuk sangat sebab sekarang ni aku dah tak ada masa untuk diri aku sendiri.

Monday, March 30, 2009

Orang kisah ke kalau orang yang tak dikenali mengomen

Ok.
Entry ini tak de makna sebenarnya.
Tetiba rasa macam nak tulis je apa yang aku tengah rasa sekarang ni.

Pernah rasa tak bila pergi ke blog orang yang kita tak pernah kenal dan rasa macam nak komen je entry orang tu?

Aku banyak kali rasa macam tu.
Tapi aku malu.

Dan kadang-kadang aku tak tahu pun sebenarnya nak cakap apa.
Buntu.

Nak buat macam mana ek?

Sunday, March 29, 2009

Tidur itu maksiat

Pagi tadi ustazah Hasniza bagitahu masa perhimpunan rasmi yang tidur dalam kelas itu maksiat.

Hukum : Haram
Alasan : Kerana apabila kita tidur dalam kelas, kita akan mengundang kemarahan daripada guru-guru yang tercinta. Lantas, ini menyebabkan kita berdosa kerana menyakiti hati guru.

Konklusi yang dapat aku simpulkan, jangan tidur dengan sengaja. Sebaliknya, anda digalakkan untuk tersengguk-sengguk sahaja di dalam kelas. Namun, elakkan daripada tidur dalam keadaan yang boleh menyebabkan anda terbalik ataupun jatuh dari kerusi.

Bak kata cikgu Azanah , " Tidur kena gaya macho."
Maksudnya, tidur pun mesti ada style.

dan hari ini kumpulan aku (Ezzah, Mitty, Aina J dan aku) buat pembentangan untuk Bahasa Melayu.
Kami buat tentang SABOR. :D

'Slideshow' pertama pun dah buat satu kelas gelak.
Mana tak nya, Aina pergi letak gambar kami berempat. Sumpah segan gila nak mampus.

Ezzah tak henti-henti gelak setiap kali menyebut nama Sabor dan Jibor. Aku pun tak faham sangat kenapa. Sampaikan Ezzah boleh mempersoalkan kenapa nama mereka diberi sedemikian rupa. Aku pun turut sama gelak tengok Ezzah gelak. Memang betullah bila orang kata yang ketawa itu boleh berjangkit.

Aina pula pandai-pandai tambah fakta sendiri. Dikatanya Jibor menceraikan Siti Saidah. Nampak sangat tak baca prosa sampai habis. :D

:)

Saturday, March 28, 2009

Kadang gelap itu terang

Semalam gelap.



Kami turut serta. Memadamkan lampu pukul 8. 31 malam.
Tanda sokongan terhadap EATRH HOUR.

Walaupun Putrajaya gagal mematikan semua lampunya, tapi sekurang-kurangnya SSPian sedar kepentingan membendung pemanasan global daripada berterusan. Tak salah sekali sekala bermandi kan cahaya bulan yang terang lagi indah.

Kami duduk di surau,
mendengar dokumentari tentang pemanasan global yang semakin serius.

Tiba-tiba rasa nak jadi 'environmentalist'.
:D

Wednesday, March 25, 2009

teddy bear

o yeah. first thing's first.

peperiksaan pertama sudah selesai.
tapi SPM masih di persimpangan jalan.

numero dos : last paper of the day was add math and I'm not going to say anything positive about it. add math memang bawak masalah. terlalu banyak perkara yang terlepas pandang. tetapi i'm veeeery positive that i wont get single digit this time around. tak ada lahh pasti sangat but there's nothing wrong with motivating myself kan.

lagi pun,
optimism is my middle name.

numero tres : ok. yang ni aku kena tulis jugak. walaupun tak ada sebarang makna pun untuk diletak disini.

semalam aku basuh baju.
guna mesin basuh yang dulunya kena bayar tiga ringgit tapi sekarang ni tengah percuma.

ohh ahh baju saya wangi. saya suka.
:DDDDDDDDDDDDDD
bapak teruja.
sangaaat sangaaat!

karena selama ni basuh baju hanya dengan menggunakan tangan.
itu sebab lah tangan aku tak selembut baby's bottom.

I choose what I want.

I'm sleepy
and hungry too.

SLEEPY + HUNGRY = ?

If you add those two up,
you'll get 'malas' out of the equation.
GREAAATT.
A winning combination.

blerrggh.

and eventhough malaysia's economy is not doing well,
i've been spending my money wrecklessly on this one specific item.

which is,

N
E
S
C
A
F
E

addicted gila.
no wonder ezzah has a problem restraining herself from drinking that addictive liquid.

Damn,I need a can of NESCAFE to brush this haywire off my chest.

Actually,
I just bought three cans of NESCAFE just to boost me up tonight for PHYSICS and ADD MATH.

"Overdose of caffeine is never good for one's health."
peduli pe aku.
HAHA

Habis Gelap Terbitlah Terang

hari ini memang palat.

cara senang nak hilangkan ngantuk waktu berjaga malam gila pulun belajar sejarah,
cari kawan yang tak kenal erti waras itu apa.
contoh kawan aku bagi,
Nara dan Bainun.

hidup rasa indah dapat kawan yang senget sebelah kepala nya.
terhibur.
dapat hilang tensi belajar sejarah tengok mereka goyang sambil lompat.

bak kata ezzah,
"susah kalau perempuan kena sawan ni"

malam ni masih ada free show.
sumpah tak sabar.
:D

Tuesday, March 24, 2009

Pengajaran baru kita dapat setiap hari

Who the hell am I to judge?

I know that I can't question His way of doing things or obviously I still dont know what God has in store for me, so I better be extra nice. :D As a normal human being, I'm hoping for the best for my future but if things don't go the way I want them to, then I guess it's ok. Maybe I should follow His way. Follow where my heart takes me. Follow where my feet takes me. Trust my own instinct. Basically, just go with the flow.

Now,
moving on.

I want to share this with everyone who reads my blog. A lesson we must all learn in order to appreciate life more.

It's a story about a 21 year-old Katie Kirkpatrick. She was diagnosed with cancer (in what year, I'm not really that sure).

The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US . Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication. In the picture, Nick ( her fiance) is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.

In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss.

An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well. The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see their son marrying his high school sweetheart.

Katie got married on January 11, 2005 and five days later, she died.

Getting the chance to be with the one she loves before dying had to be the greatest joy of her life. Eventhough she was in a lot of pain, she chooses to ignore her pain and continue her life even with great difficulties.

That's how love can beat even the toughest sickness. Happiness is reachable, no matter how long it last. We should stop making our lives complicated.

Life is short. Now, go tell people you love how they matter in your life.

And I am taking this opportunity to tell people that brings significance meaning in my life just how wonderful they make me feel.

Thanks for the love. Your loves has make me the happiest human on earth.

It would take me forever just to write their names here, so I'm thanking everyone in general.

I LOVE YOU GUYS SOOOOOO MUCH!

Monday, March 23, 2009

OHH HEY PRETTY!

I do not know what to write.

Yesterday, I could think of a million things to tell the world but today, everything went pitch black. The brain is currently not functioning due to sleeping at 5 o' clock in the morning just to finish reading Pendidikan Agama.

Eventhough I had some problems waking up and finding my towel this morning, but Alhamdulillah, I still manage to get through today without sleeping (with intention) in class. *Pat self on back* :D

This is what happened when I choose to revise at the last minute. Had to squeeze every ounce of my 'kudrat' just to prevent my-stupid-self from flunking this coming exam.

Which is tomorrow!

Baiklah. Nak pergi sambung belajar tentang bab kahwin.
:D

Tuesday, March 17, 2009

PAHALA PERCUMA

Kalau nama pun mulut perempuan, memang tak akan mampu ditutup. Sekali je buka mulut, semua benda keluar. Perkara yang tak ada diada-adakan. Perkara yang tak berlaku ditokok tambahkan. Hanya semata-mata nak jadi penyedap cerita. Tak pernah nak fikir impak kat orang lain. Manalah tahukan orang lain kena tempias.

Nama orang lain diburuk-burukkan, semata-mata nak bersihkan nama sendiri. Semata-mata nak mendewa-dewakan diri. Kononnya, "Aku ni baik.".

Maaf.
Perangai macam kau hanya layak duduk dalam tong sampah. Kat bawah sekali, kalau boleh.

Nah!
Sila ambil nasihat mudah aku bagi.
Percuma. Tak perlu bayar. Ikhlas ni.

Kalau dah tak suka, tak payah cakap apa-apa. Diamkan sahaja. Tutup mulut. Belajar anggukkan sahaja kepala. Sekurang-kurangnya, senyum je. Kurang dosa kau tu sikit.

Tak pun, belajar menerima kekurangan orang. Jangan fikir diri kau seorang baik. Tiada cacat cela. Kau juga manusia biasa. Aku juga. Kita semua sama je. Walaupun kulit kau putih, kulit aku gelap. Kau tak rasa ke dalam hidup kena ada 'give and take'? Aku tahu aku tak sempurna. Kau pun sama sebenarnya.

Tapi kalau kau tak mampu, sekurang-kurangnya cakap lah benda yang betul. Tak payah tokok tambah. Kalau betul nak buat orang lain benci kat aku, jangan tipu. Katakan kebenaran. Tak apa. Aku masih mampu terima. Yang aku tak boleh terima bila kau jadi talam dua muka. Tak suka, cakap sahaja tak suka. Tak payah nak bermuka-muka. Depan aku, memuji bagai nak gila. Kat belakang, kutuk aku sampai tak ingat dunia.

Tak payah lah nak jadi penghasut. Dah terlalu banyak durjana kat dunia ni. Kalau tambah dengan kau, sesak lah jadinya.

Tapi,
bagus juga kalau kau umpat aku belakang-belakang.
Berkurangan dosa aku.

Terima kasih lah ye sebab derma pahala kau kat aku.

LEPAK SETARBAK




Monday, March 16, 2009

Hari ini aku balik ketika hujan rintik-rintik.

I went out today.

With Bainun, Amanda, Elinar, Dania, Athirah and Nazurah. There were some other guys from SDAR (including the most annoying babun head ; Shafiq Zaim who keeps on trying to pick a fight with me) A guy from SEMESTA, SMSS and Arramli(betul ke eja ni?) from SMK Taman Melawati. To be honest, i had fun. Ok it was not the greatest gathering ever but it was ok. The important part is we had fun.

At least, I know I did. :D

Plus,
I got the chance to see a guy I've been admiring these past few months up close and personal. SUMPAH THRILL! Ok, maybe it was for a few minutes and basically it was just a glance. At last, i get to see him! He looks kinda shy. COMEL!

Ohh ya,
I had this sudden revelation that some guys are total JERKS. I mean, come on! We've invited you to eat for absolute free and you choose to walk around KLCC because you were bored waiting for us when we went to take the cake? And we had to call and ask you guys nicely to come and eat with us?

Tak reti bersyukur kah?
At least, I didn't ask for my money back. What a total waste.
S***ians are sooooo on the bottom of my list of favourites.

Now,
my stomach is bloated.
Sesiapa ada ENO?

Saturday, March 7, 2009

Emosi itu kuat.

Hari ini hari sukan
dan hari ini jugalah hari yang saya menitiskan air mata.

Macam mana nak khabarkan perasaan kecewa?
Terkilan sungguh.
Tahun akhir macam ni rupanya.
Banyak sangat kekecewaan.

Pertandingan Sorak
Pertama : Ruby
Kedua : Emerald dan Topaz
Ketiga : Sapphire

Kawad Kaki
Pertama : Ruby
Kedua : Sapphire
Ketiga : Topaz
Keempat : Emerald

Khemah
Pertama : Topaz
Kedua : Ruby
Ketiga : Emerald
Keempat : Sapphire

Alhamdulillah.
Pasukan sorak sudah semakin meningkat.
Berkat usaha mereka yang masuk sorak.
:D

Tapi,
kami kalah kawad kaki.
Tapi secara jujurnya,
aku sangat lah rasa yang Emerald akan dapat tempat pertama.
Tetapi kami telah di 'disqualified' kan.
Alasan yang diberi oleh para hakim ketika ditanya ;
"Sebab kamu seksi sangat"

Yeah!
Emerald seksi gila nak mampus sebab
1) Pakai baju atas bontot.
2) Memakai pakaian berlengan pendek.
3) Nampak leher.

Baiklah.

Tahun depan kami kawad pakai jubah dengan tudung labuh. Siap pin bawah lagi. :)

Maaf.
Emosi masih kurang stabil.

Thursday, March 5, 2009

Pernah tengok perempuan tarik tali tak?

EMERALD
SAPPHIRE


RUBY


TOPAZ


SSPian sekalian.

Gagah bukan?
Keputusan rasmi.
Juara : Emerald :))))))))
Naib Juara : Ruby
Tempat Ke-Tiga : Sapphire
Tempat Ke-Empat : Topaz


Sekian terima kasih.


Sport's Day is this Saturday.

Drama. Drama. Drama.

Banyak sangat perkara-perkara picisan yang sama sekali tidak penting berlaku bila dah nak dekat hari sukan ni.

Jahitan kat perut Nara terbuka,
lagi sekali.

Belakang Timah sakit sebab berlakunya sedikit kemalangan ketika raptai hari sukan semalam.

Teman-teman yang menjadi emo secara tiba-tiba.
Pening kepala nak layan.

Dimerit yang semakin bertambah,
sakit jiwa pun bertambah.

Menjerit sana.
Menjerit sini.

Kat hostel bising.

Malam,
ada kawad kaki.
Cheer.
Stay up buat pom-pom.

Kerja rumah yang semakin bertimbun.
Bilalah nak surut?

Desas-desus ada spotcheck minggu ini.
Kakak-kakak prefect.
Boleh buat spotcheck cepat sikit tak?
Malas lah nak cuak lama-lama ni.

Anywaaaay.

I
am
excited.

*Jumping up and down*

Last sport's day.
for me that is.

Can't wait.
:D